Kursus ini ditawarkan kepada pelajar dari luar Fakulti Sains dan Teknologi yang tidak mempunyai latarbelakang sains biologi. Oleh yang demikian, prinsip-prinsip genetik disampaikan dalam konteks yang mudah difahami. Prinsip-prinsip Mendel dan genetik populasi dalam konteks pewarisan dan kepentingannya serta implikasi pada diri sendiri dan masyarakat ditekankan. Kandungan kursus merangkumi pewarisan ciri-ciri genetik, peranan genetik dalam pembaikan haiwan dan tumbuhan, penjuruteraan genetik, genom manusia, penyaringan genetik dan kaunseling genetik.
- Lecturer: PROF. MADYA DR. CHOONG CHEE YEN
- Lecturer: PROF. DR. KALAIVANI A/P K. NADARAJAH